Biasa Dilalui Semua Orang?

بسم الله الرحمن الرحيم


6.10 pagi.
Aq bangun dari katil, ambik wudhuk, bentang sejadah. Tengok cermin. "banyak nye jerawat.."
Belek2 dulu jerawat2 ni. Dalam 5 minit. baru start solat subuh..

Habis solat subuh, pegi dapur ambik cawan (mug) dengan harapan nak wat air..
Aq pegi kat periuk nasi, senduk nasi letak dalam cawan...dan..."nanti, ape yang aq buat ni?!!!"

Tuang balik nasi, basuh cawan. Isi air panas, buat la air milo segelas. Pegi peti ais, tengok ade "captain Munch" dgn "Chipsmore".. Okeh, ambik due-dua..(tamak halabola)

"Nak ambik gambo la sarapan pagi ni"
Pegi tekan tv, tv terbukak.

"tengok MHI la.."
......"jap, tadi nak ambik henset kan?"

Pegi bilik, ambik henset..
Tv terbukak Tv1, ceramah sal Nabi Zakaria. dengar sekejap. Lame2 citer pasal "kalu nak anak, usaha sampai dapat"..

Terus tuka tv, rasenye lambat lagi nak kawin. Nanti ter-tambah jerawat lagi pulak. Tengok la MHI.
Baru tangkap gamba sarapan pagi:



Aktiviti aneh pagi2 nih...
Ketika mamai.. Sedar2 mak, adik, ngan ayah aq da siap... Sebek...
oke, tu je nak cerita.