Kenapa Tak Perasan?

Hidup terus berubah. ingat lagi time main ting-ting, batu seremban, ronda2 basika, main ibu ayam dan musang, police entry, nenek2, keja2..dan lawan2. Korang penah lalui smua ni? Kalu ya, tekan 'like' (buat2 ade je)

Haritu aq balik rumah. Homesick, tiga minggu tak jumpa rumah.Hahaha.(anak manja)
Berbuka je, ayam perchik sampai 6 ketul, aneka bahagian dan jenis. Gulai kawah lagi. Campur kuih2 yg mcm2, air sirap, kurma, buah. Paling aq suka kuih sampan. Teringat mase kecik2, minat giler kuih tu.
Ayat biase bile makan:: "terasa macam makan orang yg tgh mendayung sampan. Sedapnya!!"



Berbeze sungguh dgn ape yg aq makan hari2 kat kampus. Cuma nasi+sayur+sosej, atau paceri nenas + kangkung. Air selalunye teh o ais. Camput tolak tambah bahagi, adela 3.50. Sama dengan "kedekut".

Esoknya g shopping baju raya. Ade la RM100 sorang. Aq sorang je yg RM60 sbb tak smpai hati nak beli baju lain. (Beli baju Melayu je). RM60 woo baju melayu. Aq sepanjang duk kampus nih, baju aq smua cari yang RM10. Paling mahal gila2 pon baju Brands Outlet. 3 = RM50.

Dan lagi g beli game PS2. Aq dapat gak beli semula game Naruto!! Yeah, lame da nak main.
Tetiba aq terdetik, kenapa tak beli ps3?
Bile2 fikir2 balik, baru aq ingat, yg PS2 ni, adik aq beli pakai duit die sendiri.
Agak2nya berapa bnyak duit adk aq ya.
Dlm bank aq tinggal RM10 je.Hahaha = pokai.

Part paling best bile bangun pagi, terdengar ayat AQuran kat tv yg mak aq pasang. Mak aq tgh masak. Aq pon tolong la.
RARE tau tak ade anak laki yg tolong mak kat dapur time sahur.
Aq cume tolong potong daging ngan angkat nugget je pon.Haha.
Lame giler tak rase suasana cmni. Baru aq ingat kenapa aq suka Ramadhan. Sbb suasana ni.
Dah berapa lama da aq tak lalui hari2 cmni. Ramadhan selama ni kat asrama je. Kalu balik rumah pon, tak berapa take part sgt bab2 ni.

Aq terfikir, mcm mane la org yg dah tak ade mak ayah, atau jauh dari mak ayah mase bulan bahagia ni??
Alhamdulillah, Allah bagi aq peluang. Mudah2an berkekalan selamanya, smpai aq mati, Amiiiin~

Talipon la mak korang, dia munkin tgh tunggu panggilan dari korang sekarang. Jangan duk leka sgt melayan bf/gf atau rakan2 smpai lupe kat dia, ya.

Selamat melaui Ramadhan.