Sedarkan Diri tu Sekali Sekala..

بسم الله الرحمن الرحيم


Setiap orang ade benci + suka masing2. Memang menipu sangat la kalu ckp "aq tak benci ape2 pon". Nampok beno orang tu nak cari publisiti dgn menipu. Tumbok kang!!



Aku ade banyak giler bende yang aq rasa bila aq bagitau ni, sape2 yg ter-baca ni boleh fikir balik... (Aku rasa la)
Aku tak berapa suka orang buat bende tak ikhlas, pahtu suruh orang balas perbuatan tu dengan cara tak ikhlas jgak. Atau pun gunekan alasan2 kecik untuk buat orang balas perbuatan dia tu. Adoii, payah betol la nak express kan. bagi contoh yek.

"I da follow you, you follow i back kay!!"
Nampak tak betapa tak ikhlas nya dia follow orang tu, supaya orang tu follow dia balik?? Buat pe nak kumpul sangat follower ramai2 supaya buat orang impress dgn kita?? Ape yang kita dapat ya? Aq tak faham, sbb kbanyakan blogger2 akan wat macam tu.
Bagi aku, aku akan rase cm orang tu blogwalking, tersesat kat blog aku semata2 nak kumpul follower berlambak2 dijadikan perhiasan. Lain la kali blogshop ke, boleh gak terima, mmg keje dia nak iklankan blog dia. (Pade yg da follow, TERIMAKASH sgt2 ya!!hahaha)

"Ini blog I, tengok la, ade gambar you"
Bagi aku la, nampak cam orang ni letak gamba aku semata-mata nak aku tengok blog die je. Itu je function gamba aq kat blog dia, dan aku akan buka blog orang ni sbb nak cari gamba aq je. Jadi aku akan mcm "eh! gamba aku ada!", pahtu tutup blog tu.

Kalu nak follower yang ramai, aku faham, mmg tu antara tujuan blogging, mencari kawan. Pe salahnya bagitau
"hei, aku ade blog, nnti follow tau[bagi link]".. Orait, camni boleh diterima sbb bagi aq care ni profesional.
Kalu nak orang tengok blog, tak kisah la post kat wall kawan ke, kat wall group ke, tag kan kat kawan ke, ok la.. Sbb mmg kita blogging supaya orang baca ape yang kita cuba sampaikan. Cuma, tak payah cam menagih sangat,. Kesian plak aq rase..

Aku dan mungkin korang jugak tak suka orang yang memilih kan?
Dia hensem, orang tu baik, minah ni cantik, orang tu sporting, jadi aq nak kawan dgn diorang, nak ber tweet dgn diorang, nak komen2 dgn diorang.
Mamat tu poyo, hudoh, pendiam, jahat, ganas.. (jap, apasal mcm terkena kat aq jek).. tanak reply tweet dia, kalu dia komen, "like" suda la..
Pernah tak korang mengalami ni??
Hahaha, jujur kata, aq selalu kena cmni, tapi aq ta penah ambik hati. (Amboi, bajet baik nampak)
Buktinya, aq tak penah jemu komen, atau reply tweet, atau im sape2 pon, walaupun org tu takkan balas. Kan?? Da tentu2 akaun tu aku punye.
Cume kadang2 aq kesian ngan beberapa geng2 lain, yang aq usha2 aktiviti diorang mengalami bnde ni. (Oi, stalker uhh!!)..Haha..
Kadang2 aq pulak yang dok "terhegeh-hegeh" melayan depa nih.(walaupun depa taknak layan aq, nak yg "famous" tu jgak.) atleast diorang tak 'sebek' kan?? (masuk bakul angkat sendiri)

Tak ketinggalan, tak suka orang2 yg cakap belakang parok punye berapi. Bile time depan2, tarik muka. Er.. faham tak??
Bile dengan geng2 die, semua yang tak puas hati pasal kita keluar. Dari cerita kuno dulu, sampai yang terbaru. Semua yang buruk pasal kita dia bagitau. Time jumpa depan2, sebek, senyap jek. Ape ke hell cm tu?
Bukan sepatutnya dia bagitau ke kalu kita ade buat salah ape2. Mungkin kita tak perasan. Apasal time part ni dia diam? Dia nak bia kita terus buat jahat supaya lepas ni dia boleh umpat bende yang sama ke??
Aneh kan?? Aku tak suke beno orang-orang cang ni.

Aku tak suke orang buat 'fast conclusion' pasal aq. Korang pon mesti sama, dok gitu?
Aku post pasal Islamic sikit je ade suara "sapit ni alim orangnya, tau pasal agama2 ni, lepas ni boleh tanye dia"..
Jadi hati aku akan cakap "makhluk ni tak kenal lagi aku"..
Bila aq post sal 'nakal-nakal; sikit, bunyi pulak "dia ni budak liar, gatal, teruk beno perangai"
Dan hati aq kata "kalu aku teruk, apasal ka tak 'betulkan' aku?"
Tak kisah la nak anggap ape, hak masing2, cume aku rase, kalu belum kenal mane aq datang, cmne aq membesar sebelum ni, takyah la kutuk lebih2,kn. Kalu nak puji tu, aku tak kisah,senyum jak.haha.

Tapi sangat aq tak suka berkawan dengan orang yang berkawan dengan orang tu sbbkan dia 'baik'.
"Dia baik, aq nak kawan dengan dia la".
Ape kau ingat dia maksum ke? Baik 100%?
Dan bile time dia buat jahat sikit je, kau akan benci dia. Tak gitu??
Sbbtu la kawan atas dasar ikhlas. Time die salah, kita betulkan, time die betulkan kita, terime je la.

Paling anti giler dengan orang yang bile kita nasihat bende yang baik, soal agama, dia makin menjawab.
Aku: "woi, tak baik la tengok blue"
Dia: "alaaa. cermin diri dulu. Memang kau nak semua orang tau keburukan aku kan. Aku nak kawan dengan  kau, kau buat taik dgn aku. Ape la ka ni, ingat ka tu suci sangat. Kalu ye pon, bagitau la time takde orang..(bersambungan).."
Cam, sentap giler bile jumpa orang cmni. Aq cakap "jangan tengok blue", tak ke nasihat baik tu? kalu die reply "nanti aku berubah la", tak pon "alamak, sori.." paling koman pon "kau cakap kat aq ke?? alamak, sori bro, pasni aq tak bagi kau nampak aq buat keje ni", sejuk la jgak hati aku. Sekurang2nya ade la sikap sedar diri dia tu, Alhamdulillah. Nampak lagi hidayah Allah belum tertutup dari dia. Paling kurang pon, aq tak la rase yang orang tu cm natang sangat.

Soal beragama. Aq bukan la alim ulamak. Bile time aku tersalah bagitau hukum, atau tersalah mane2 part tu, toksah la gi tengking aq, buat aq rase cam "di marah" sangat. Tak gitu? Bagitau la baik2. Kalu aq rase sebek tu, tak kisah la. jangan la bagi aku sentap.
Lagi se, bile tengok orang2 yang bajet alim. Kat surau tu, die la paling kuat bercakap soal2 agama, soal2 sembahyang. Aku tengok geng2 aq yang alim2 ni takde la pulak show-off sangat cam die nih. Dah la pi bgtaw bende yang orang dah tau. Sape la tak sakit hati, kn??
p/s: orang2 yg mcmni adelah org2 yg aq 'bermasam muka' sikit. bukan geng2 aq ya!

(jap, rase cm flow karangan ni dah mcm selfish plak)

Last, aq tak suke kawan yang lupe kawan bile dah ade kawan baru.
Time kawan dgn kita dulu, bukan main "best fren forever", "aku takkan lupakan kau, kau lah kenangan terindah aku".
Sekarang, nama kita takde pon die mention kat mana2. Ade pon kat tepi-tepi je, sbg sampingan. Duk tunjuk cume geng2 baru dia. Konon orang tu lagi fahami dia la, bagitau perkara2 yang menyentuh hati dia la. Lagi up to date sal dia.
Kamon! Bakpe ka lupe kat aq?? Takde sbb??
Ok, tu la 'kawan' ya...

Adoii, rasenye dah jd tempat tunjuk perasaan lak kt sini.
Sape2 yang terbaca dan terkena batang idong, aku mintak maap. Mungkin leh wat korang 'muhasabah' diri.
Sbb aq tak tujukan bnde ni kepada spesifik siapa, tapi setelah aq menjumpai lebih 10 org cmni,ya.
Lgpon, ade bende2 kaat sini yg aku sendiri pon buat. maklum la, manusia biasa.
Aku suka kawan, chat2, komen2, tweet2, borak2, lepak2 ngan sape2 pon.(selagi tak 'mengerikan' aku)..

Sejuk tol rasenye manip sambil pakai sua pendek nih. adoyy (tetiba).

Harap sape2 yg terbaca, leh pikiq dua kali ape yg aq try sampaikan..
Biasalah, aku pon nak jgak cari publisiti murahan..haha!!
Terimakasih sbb terbaca entry hok panjang beno dicampur bahasa yang aneh ni.