Bagai Dodol Dan Dayung Sampan.


بسم الله الرحمن الرحيم




Gula merah, garam, kelapa, dan semua bahan2 lain (tak taw ape bahan lain tu) diletak dalam satu kuali.
Daripada sangat2 cair, lepas digaul gunakan dayung sampan (penggaulnye macam dayung sampan kan?) di atas api yg dihidupkan pakai kayu api, lepas berjam - jam tu baru la jadi segumpal dodol.
Dari pada satu liter air, jadilah satu sentimeter persegi dodol. Ironik kan?

Berjam-jam masak dapat la beberapa ketul. Dicampur dengan bahan2 yg teramat banyak, diuli sampai katang lengan2 (takyah g gym dah), disamping tahan saba melayan api yg kena jaga bak menjaga anak yg mengada.
Jang3, jadilah seketul dodol.
Seketul je??

Tapi rasenye sangat2 sedap, dan memuaskan hati. (Peminat dodol durian!!)
Macamtulah juga kite hidup sekarang.

Daripada berliter persepektif.
Macam2 rasa, perasaan dan tanggapan.
Mengambil mase yg sangat lama untuk kite masing2 bersatu dan kental.
Macam mana bahan2 yg cair tu bersatu menjadi seketul dodol.

Paling penting adelah sabar dan usaha.
Kalu kite tak ade semua ni, mcm mana kita dengan kawan2, masyarakat dan semua sekali dapat bersatu menjadi dodol yg sedap.
Mungkin sekadar air2 yg direbus dengan bahan2nye aje.

Selagi kita tak cuba faham orang lain, jangan harap orang akan faham kita.
Mungkin bukan sekarang.Mungkin mase depan.
Mungkin semua orang sanjung kita sekarang. Tapi siapa boleh jamin masa akan datang, disaat kita berjumpa kawan2 baru.
Akan ke diorang macamtu jugak?

Manusia berubah, zaman berubah, budaya berubah. Yang tetap hanya Allah swt.
Syukuri ape yang ada. Jangan pernah berhenti berdoa.

Kita sorang takkan cukup untuk menjadi dodol yang sedap dimakan, dan dikerumun semut sampai budak2 tahun periksa gerun nak rasa dodol tu.

Aq harap korang faham ape yg aq cuba sampaikan sbb aq pon payah nak faham sebenanya.
Maaf zahir batin. Setiap orang tak lepas dari kesilapan.haha'

Salam lebaran.