Panik




بسم الله الرحمن الرحيم



"Pembelian Panik".
Kejadian aneh ni jadi bile time2 ade berite stok2 barang habis. Dengar je "gula kekurangan stok", terus, makcik2, ikat kain batik, lari litang pukang, tunggang langgang pegi kedai beli gula.
Kalu makcik2 yg lambat tu, tak dapat gula, pegi cari tebu. Time tu jugak di kekahnye tebu tu jadi gula.
Penangan lempangan panik. Ambek kaw!!

Tapih, aq ade satu tabiat aneh. Bukan pembelian panik. Tapi penghantaran mesej panik.
Dapat kaitkan tak dgn situasi kat atas?? (keriikk-keriikk-kerikk::bunyi cengkerik)

Bile aq sumbak otak, mcm gi dinner atau event, tapi takde orang yg nak tego aq, atau dalam kelas atau tengah bandar sorang2 takde orang nak beborak, tapi mase yg sama orang yg lalu lalang pandang aq, paling tidak pon, semasa stress menyondol aq bertubi2, penyakit aneh ni acapkali melanda.

Jadi, kepada mane2 nombo random yg aq jumpa dalam phone aq, aq akan hantar mesej seperti:

"Free tak wei, plis.plis.plisX100000"
"Jom mesej, tolongla, tolongla"
 "Weih, jom borak, cpt2. Serabut pale"
 ...dan seanteronya.

Biasenye mesej tu berbaur cm "alah, siannye mamat ni. Knape la agaknya.." haha
Bile time2 mcm tu, otak aq akan terlalu tertekan sampai perlukan orang untuk mesej2. Agak aneh.
Sbbtu,  kredit phone sgt2 penting untuk aq. Jika anda menerima mesej dari aq, bermakna aq ada dalam keadaan keseorangan, perlukan teman, dan berkemungkinan tertekan sehingga mampu memusnahkan seluruh bandar (yg ni tipu la, over sgt). Jadi, adalah lebih elok anda melayan mesej itu sebelum ada nyawa yg terkorban.

Tujuan utama aq post ni, adelah untuk memberitahu final exem sudah sangat dekat. Aq sangat takut dan stress sampai rase nak joget lagu "Kasanova" mcm Stacy. (nak join??)... Aq rase sangat dibebani dgn kekosongan minda. Buku2 macam berbunye "bace la aq woi" dan "hoi, ka tak reti2 nak bace aq dah ke??" (sangat ngeri pulak).

Trimas kepada sorang bdak yg msj2 ngan aq tadi. Aq doakan PMR ka cemerlang bdak!! ^^"

Kesimpulannya, berilah nombo talipon korang kat aq cpt. Nanti aq boleh mesej bile aq rase sumbak.
"Hulurkan nombor, ringankan badan."

Wasalam.