Bila Dia Tak Beri...


Ni adelah kisah yg aq tak ingat aq dapat tau dari siape, atau kat mane.
Maklom laaa... ketawa banyak sangat. Bukan setakat ilmu, protin dan zat2 badan pon kelua..
Jadi aq pakai imbau gitu2 je. Mintak maap kalu salah dengan version yang asal, atau jalan ceritanye lain,kayh.

Kisah dikedai gunting.
Pade suatu hari, ade la sorang Muslimin pegi gunting rambut.

Ade kelihatan kelibat orang miskin kat lua.
Tukang gunting rambut tanye:
"Kamu percaya kat Tuhan?"

Mukmin tu pon jawab:
"Mestilah, kenapa tanye?"

"Saya tak percaya Tuhan itu ade. Tuhan mestilah Yang Pemurah, dan Penyayang.
Kalau Tuhan wujud, mesti tak ada orang yang susah, yang sakit, menderita, atau kebuluran.
Mesti setiap permintaan manusia dipenuhi, betul tak?"

Muslimin tu terdiam.. Tak tau ape yang nak dijawab..

Habis gunting rambut, die pon keluar dari kedai tu.
Nampak ade sorang lelaki yang rambut panjang, kusut masai.
Terdetik dalam hati dia. Terus jumpe semula dengan tukang gunting rambut tadi.

"Tengok, ade orang yang rambut panjang dan kusut masai kat luar sana.
Tukang gunting rambut tak ada ke?? atau dia tak buat kerje ke??"

Terkejut tukang gunting rambut tu, menjawab
"Bukan saya yang tak buat kerja, dia yang tak datang pada saya mintak gunting rambut!"

Muslimin tadi senyum.
"Nampak? Bukannya Tuhan itu tak wujud, atau tak buat kerja. Tapi manusia yang taknak datang kepada Tuhan dan minta dari Dia.. kan?"

... Allah swt beri kita ape yang kite perlu, sebelum kita terdetik pon untuk meminta apa yang kita mahu..
Next post: "What is budaya SHAKE2?"