Celaka, Itu Benar

Hidop ni kalu toleh dua kali kat satu bende tu, kompem nampak betapa bodohnye kita masa tu. Name pon manusia (ayat feveret aku ni). Kadang ade time otak ni full power, ade time separa sedar. Ikot keadaan.

Twitter ni cm kita berdiri kat tengah crowd. Bile kite tweet, cm menjerit dekat tengah2 crowd tu. Tapi masing2 buat ta dengar. Kalu yg dengar tu pon mujo diorang nak jerit semuala kat kita.
ReTweet tu macam kita jerit semula ape yang orang tadi jerit.
Bila kita buat #nw (now watching) atau #nl (now listening) tu cm kita tengah dengar lagu tu kat MP3 atau tengok video tu kat henfon guna earfon sorang-sorang, tapi kita jerit kat crowd tu "Oi!! Aq tengah dengar lagu ni / tengok video ni!!".
Bila kita post gamba, cm tunjuk gamba kat dalam henfon kita kat crowd tu dan jerit "Woi! tengok gamba ni!!"
Artist-artist dan tokoh pulak cm ade atas pentas. Ramai orang bagi perhatian (follow) die. Bile dia tweet, umpama cakap guna maikrofon. Semua orang dengar. Bila orang retweet, macam orang tu jerit semuala ape artist tu cakap guna maikrofon tadi. Kalu orang reply tweet artist tu, cm orang tu cube jerit dari bawah. Macam kat konsert selalu tu. Kalu artist tu dengar, mujo la.
Tapi twitter tempat paling terbaik syok sendiri. Tadek kesan atau bilangan perhatian tertinggal kat tweet tersebut. Gpon semua aktiviti diatas ni aq buat. bhaha.

Facebook ni cm tempat menunjukkan kebodohan masing-masing.
Sangat weird bila org ber status "Yang online ramai, tapi masing-masing sombong".. bila dia sendiri pon ta penah tegur orang. Sila cermin diri.
Bila nama facebook tu ade "Full" kat belakang, tapi die approve orang jgak. Agaknye na bajet popular lettew.
Buat dua tiga profile konon kawan kat profile yg sebelumnya da penoh. Nak kata artist, tak pon. Nampak sangat pakai add je sape2 yg tak kenal pon sebelum ni.
Copy + paste quote yg best-best untuk dapat banyak like. Kalu copy + paste sal agama takpe jgak. Sebarkan kebaikan. Itu boleh difahami.

Bila tulis blog, masing-masing na tulis panjang lebar. Siap huraian ngan penjelasan. Tapi cmne pon, orang yg baca mesti skip part-part yg buang masa, carik main poin je. Tak pon malas nak bace teros sebab panjang. (enrty ni, contohnya)
Bila orang parti A baca blog yg mengutuk partinya, cepat-cepat berhenti, lepastu tulis kata2 balasan kat blog dia. Tapi bila baca blog yg memuji parti dia, dan mengutuk parti B, setiap inci perkataan dibaca.
Ramai blogger tulis pasal "biodata saya", "macam mana saya berjumpa dengan kekasih saya" "kau jantan penipu", "ini untuk awek saya", "aku kena game dengan kau, sial ka", ngan "saya suka awak diam-diam" lepastu harapkan orang baca blog dia. Fvck sangat.

Kita selalu takut bile dengar bunyik tapak kaki time tengah-tengah malam. Konon ade hantu main selipa la, hantu main lari-lari la. Tapi sendiri tau yang hantu tadek kaki.

Wah. hebatnya aq menaip. Lepasni boleh menang Grammy untuk best collaboration artist.
Mintak maaf kalu tertepek ke batang hidung sape-sape.
epilogue: *letak link ni kat facebook* tulis: blog updated. bhaha