Kacip Fatimah Boleh

Diatas merupakan gambar jambu yg dah dibedah. Bukan jambu "jambu", tapi jambu buah.
Lepas subuh, buat milo menggelegak segelas, bukak peti ais. Nampak la seketul buah jambu yg bersaiz jumbo. Rezeki suboh. Calit asam boi, sedap dilayan. Bukan selalu makan makanan ekzos ekzotik.

Adik aq makan roti yg die ngepau mak aq. Keras kejung roti tu. Aq rase kalu kasi kat anjing pon anjing pon ingat tulang. Aku pon nganjing adik aq. Makanan orang kampong ni sedap. Siap nyanyi lagi,
Orang kampong boleh, Kacip Fatimah boleh, ahha ahhaaa~ ♪ (tetibe sabit kacip fatimah)

Tetibe mak muncul.
"Eih, kenape makan buah pagi2 mcm ni. Kena alas perust dulu. Makan roti dulu"

OMakKau!! Setepek atas muke.
Adik aq pon tak melepaskan peluang bersuara "boleh la sangat~"
Jadi aq pon terpaksa makan sebuku roti gardenia sebelom sambung makan.

epilog: kadang2 perasan diri ni macam diva. sekali sekala... bukan selalu. bhaha