Perli Lagu Adalah Seronok

"Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku"
Asyik aq je kena perli ngan lagu radio kn?. Sekarang turn aq pulak perli lagu-lagu di radio. *start radio-sengseng lengan baju*

"Tak sabar menunggu hari esok. Umpama mawar yg sedang mekar" sila rujuk video MatLuthfi. Begitulah yg aq rasakan. (ladybird lagi cantik)
"Oo dewi, aku cinta padamu sampai mati" Kesian. Meninggal mamat tu sebab cinta sangat kat minah Dewi tu.
"Kalau cinta jangan kacau. Kalau sayang tak perlu marah" Aku rase adik aku tulis pantun lagi bombastik.
"Alangkah indahnya dunia. Bila kita semua melangkah kedepan." Asal melangkah kedepan je, teros indah dunia? Kalu melangkah ke tepi tak indah la? Taboleh la nak poco-poco gini.
"Lelaki ini yg selalu memuja mu. Selalu. Tanpa jemu". So,jantan ni lah yg terhegeh-hegeh tu ek? Aduih.
"Lagu ini ditujukan kepada mereka yg sudah lupa erti CINTA". Budak lapan tahun da pandai becinta. Ade ke insan yg digambarkan tu, uncle?
"Bila aku jatuh cinta, kan ku sebut namamu". Bile pakwe ni sebut name ka, tandenye die da suke kat pompuan lain. Kalu tak, haram die na sebut name ka.
"Aku menuggumu stiap hari. Aku menunggu dari Isnin, Selasa, sini sana" Cakap stiap hari, apasal Isnin Selasa je? Ke tatau name hari ni? Eleleleh. Ta pandai lettew.
"Hanya kerna kau yg cukup indah untuk dimiliki, dan tuk dicintai" Sila belajar struktur ayat dengan betul agar kami mampu memahaminye.
"Aku cinta kamu. Hanya itu yg aku tahu." Patot suroh sembahyang taknak.
"HEIII. HEIIII. Kamulah kamu, aku bukan bonekaaa!!!" Kire ka jerit2 ni na cakap aq ni boneka la?

English song? Alamak, tanak terkecimuk dalam kancah pemujaan. Korean song? OMK, tak dengar bende yg tak faham la plak.

Dah lame da tak jumpe lirik lagu yg berbahasa tinggi seperti ini.
"Suara kau dengarkanlah. Kesumaku merintih duka. Wasilahmu menyentuh jiwa. Restumu bagaiku bermimpi." - Badarsila.

p/s: kepada fans yg berkenaan, sila jangan marah atau bunuh aku. we have freedom of speech. or to sing.
siriusly. sekadar perli-an. bukan untuk mengutuk. (peace   )