Sick-kolah

"Ingat, belajar mula2 kerana Allah Ta'ala. Kedua, baru untuk keluarga..dan tujuan lain".. Pesan mak aq sebelom mak aq balik, tiggalkan aq kat asrama.
Ade cikgu yg ta mengajar kelas aq tetibe masuk kelas aq, kasi kaunseling kasitau pasal target hidup.
"Kamu belajar kena ada target. Setiap kali nak pergi sekolah kena ada matlamat. Matlamat tu mestilah UNTUK-JADI-PANDAI. Untuk dapat kerja yang baik. Barulah cemerlang."

Aq dapat bezakan siapa betul. Mak aq berkelulusan SPM tanpa A jauh lagi betul dari cikgu yg bagi ceramah mengejut kat kelas aq yg entah berkelulusan ape. Aq dapat beza mana satu matlamat belajar untuk duniawi, dengan matlamat untuk dunia akhirat.

Mase kecik2 cikgu tanye ape cita2. Aq jawab "nak jadi polis"- terpengaruh citer Gerak Khas.
Hari-hari g skolah naik trak. Bile kena tinggal trak aq balik jalan kaki.
Tapi mak marah. Sejak tu, bile kena tinggal trak, talipon mak. Mak aq akan ambik. Dalam trak tu aq ade privillage sebab bapak aq orang atas askar2 tu. Bhahaha. sangat seronok. sirius.

Mase dajah 4, ade cikgu baru jadi guru kelas aq. Cikgu Hasnita. Dan dan cikgu muncul time lagu Hasnita-Exist popular. Kat fardhu ain dapat nombo satu, kembang idong habess!!
Mase dajah 6 lepas UPSR, satu skolah jadi karnival YuGiOh. Paling syok, diorang kabo aq kat ranking no 1. Bhahahaha. Mane tak kembang lagi idong.
Mase skolah rendah la macam2 game main. Gasing bayblade, lumbe kereta dash, crush gear. Berkubang kat padang time pagi ngan mase rehat main digimon, lawan2 masked rider ryuki gune batang penyapu. Main bola tampar dalam kelas, berebut berlari g kantin. Aq penah jatoh dalam kolam kat skola tu sbb aktif sangat. Due pekataan: sebek, malu.

Skolah menengah adelah dunia kenakalan. Panjat pagar, ponteng kelas, ta siap keje skola... er.. ape lagi ek? Satu perkataan: seronok.
Cikgu aq penah cakap, "kalu skolah tak langgar peraturan, skolah macam takde pengalaman"
Setuju cikgu!

Sekolah seronok! Aq rindu bau skolah di pagi hari bile bejalan kat koridor, aq rindu mase hujan kat skolah, rindu bau baru lepas rumput dipotong.
Tak ketinggalan rindu tengok orang pengsan time perhimpunan ngan mase hari sukan. Jugak rindu tengok orang kena denda time assembly.
Zaman skolah sekali aje. Trimas cikgu.

Niat sebenar belajar: Kerana Allah Ta'al.