Akibat Jatuh Bangunan

Assalamualaikum (sambil pakai kopiah, ade spotlight cahaya dari langit). Tangan ni rase kekok je na taip enteri. Da lame da tak meng-apdet. (bajet parok).

Penah tak sape2 alami, mase sekolah rendah, cikgu tanya "apa cita cita kamu besar nanti?" dan korang jawab "saya nak belajar kat U!" dengan jaya gilang gemilang penoh harapan dan semangatnye?! Dan sedar tak yang jawapan tu tak menjawab pon soalan cikgu tu? Aq salah sorang dari murid tu.

Dan, yeh. Cita-cita sekolah rendah da tercapai. Malaysia! I'm currently a student at UiTM Shah Alam!! (Bangge habes mu!!)
Dan tahukan anda yang dalam masa dua hari, aq dah pon tersesat banyak kali kat sini? Tahukah anda yang luas U ni seluas bandar Kuantan? (gaya muka orang patah pinggang lepas bersalin)

Aq masih mengejar cita-cita aq untuk menjadi "Time Traveler" disamping menggendong kepercayaan mak ayah untuk aq belajar. Cm aq cakap, mak aq pesan belajar itu kerana Allah ta'ala. Bukan kerana untuk dapat kerja best.

Kami duk rumah sewa 8 orang, dan kami dah pon berkeluarga. (Aq jadi antara yang bongsu walaupun kebenarannye aq lahir awal dari kebanyakan mereka). Moga Allah swt sentiasa membantu kami disini. Amiin. (jika korang menebut amin bemakna korang tolong mengaminkan doa aku. InsyaAllah. Ape salahnye aminkan doa orang lain kan?kan? jgn malu2)

Kelas kami macam cerita "Gemilang". Kelasik dan Gemilang sangat!
epilogue: gamba diatas diambil semasa ingin mengepau baucer buku 200 ringgit.