Andai Dapat Diulang

Tibalah masa untuk kerja yang PALING aq tak suke. Kemas beg. Tau tak bile aq kemas beg je hati aq akan ade bertimbun-timbun perasaan. Mesti akan ade berjuta-juta jilid kenangan ter selak.

Teringat first time aq kemas beg untuk pergi ke "taman asuhan kanan-kanak" Alor Akar. First time mase tu na jejak tapak kat asrama. Sedih, sebak segala la ade. Nak tinggal rumah la kan? Lepas da bertahun tahun duk sane, hati ni rase eksited kemas barang. Kire da suke la duk asrama tu. Kawan ramai, peminat ramai, musuh pon ramai. Complete package.

Harini kemas barang na g degree. Jaoh ke Shah Alalm aq terpelanting. Hati ni dah macam-macam perasaan ade. Bapak aq tengok gusti. Mak tengah mengaji. Tu yang sebak hati aq. Lepasni time aq cuti je la boleh dengar mak mengaji malam-malam.
Tetibe talipon bunyik. Mak angkat. Adik aq yang laki talipon, tanye esok nak bertolak kul berape. Aq g le menyelit sebelah mak aq pesan soh die talipon aq bile die free nanti mase aq kat Shah Alam. Aq pon teros laju masuk bilik. Sebak hati, ta dapat tahan da. TERnangis pulak aq.
Aq ngan adik aq ni memang kamcing giler. Kerja gila sama-sama kitorang buat. Tapi semenjak dua menjak ni, jarang aq dapat lepak lame ngan die. Kitorang masing-masing kat asrama. Jumpa sebulan sekali pon jarang. Tipu la kalu aq cakap tak rindu dia,kn?

InsyaAllah mid-sem break nnt aq balik, sambut birthday die. Hati aq masih berat lagi nak tinggalkan rumah, tinggalkan mak ayah tanpe anak-anak ade kat sebelah diorang. Turn aq untuk jauh dengan diorang lagi da sampai. Mudah-mudahan nnt lepas degree aq akan selalu ade dekat dengan diorang, InsyaAllah, amiin.
Moga Allah swt permudahkan urusan aq kat Shah Alam.

p/s: Jangan lupe vote Yuna untuk nickeludeon kids choise awards. klik sini. (menyempat lagi)
wasalamualaika. Kuantan sokmo dihatiku paceroh.