Mengejar Kaki Lima

Cupcake sangat sedap. Betul.
Nak putus asa, ke nak terus kejar kaki lima~♪. (Chasing Pavements-translated chorus).

Bagi aq, bia la cinta yang cari kita. Jangan kita kejar cinta. Sebab "cinta" tu kata sifat. Kata sifat wujudnya abstrak, tak boleh dilihat. Kite tak boleh cari cume berlandaskan mata kasar semata-mata. Sebab cuma Allah swt yang tahu semua tentang yang ghaib - perkara yang tak mampu dilihat.

Mase entry ni dalam draft, sumpah aq try buat ayat berpuitis. Memang tadek bakat. Ok. Redha.
Masing-masing ade kelebihan masing-masing kan? (ayat poyo).

Kat kelas Kemahiran Berfikir harini belajar, semua ilmu boleh dibidas. Kecuali ilmu Allah swt je. Kebarangkalian ape yang kite belajar harini sekurang-kurangnya 15% salah. Sbbtu kita tak boleh taksub. Yang membezakan cara pemikiran Islam dan barat adalah "yakin adanya Tuhan". Cuma Dia je yg betul.

Sekolah diteruskan cm biasa. Subjek makin best sebab dapat ketch-up. (kalu tak dapat, mesti da sumpah seranah). Basically, kami belajar semua subjek kat sekolah kecuali matematik dan sains. Lecturers pon smua mesra ngan ohmeii cm kat skolah. Walaupun bangunan kitorang tu mcm kelas citer Gemilang (citer Tiz Zaqyah kat TV3 tu) yg kitorang sendiri gelarkan diri sebagai "pelajar di bangku sekolah", tempat ni cool dan syok. Cm kat kampung.

Kalu nak tempah cupcake yang sedap, renung la gamba kat atas tu. Kawan aq ad jual. Sumpah sedap.