Ini Malaysia

Cendol pulot. Sumpah heaven gile rase bile suapan pertama menyentuh bibir lantas merangsang seluruh deria bahagia.
(ade gaya iklan tv ta?)
Harini aq makan kat satu kedai cendol di jalan Beserah. Yang berniaga tu India Muslim. Aq ngan bapak duk kat satu meja. Ade uncle cina datang. Bapak pelawa duk sekali, dan die lepak semeja ngan kitorang.
Dan datang beberapa lagi lengchai dan lengloi, auntie dan uncle cina duduk kat meja yang dah kosong. Order cendol sambil bergelak ketawa.

Get it? Walaupun warna kulit, saiz mata dan bangsa kita berbeza, tapi kita boleh kongsi satu cita rasa; cendol.
Muhibbah itu indah. Jangan cemarkan dengan perbezaan politik, atau apape anasir yang membuat kita rasa kita "lebih", atau "kurang".
Cendol pulut yang merangsang deria. Adoi, nak lagi.