Sebab Aku Lelaki

AMARAN sila sediakan beg pelastik atas sebarang kemungkinan terkeluarnya semula sarapan anda semalam.

Pade bakal kekasih saya,
Jika awak bercinta dengan saya,
Paling jauh pon, saya cuma mampu bawak awak jalan kaki.
Saya tak mintak motor, kereta, apetah lagi bas dari mak ayah saya sebab saya tahu duit tu lagi patut diorang belanja untuk pergi haji.

Saya takkan talifon awak sebelum saya talifon mak ayah saya.
Saya takkan belikan awak apa-apa sebelum saya bagi ape yang adik-adik saya nak.
Dan paling penting, saya tak nak ingat awak sebelum saya tidur atau selepas bangun, masa saya lapar, atau kenyang. Sebab masa tu saya nak ingat kat Dia yang bagi saya semua nikmat tu.
Gambar awak akan sentiasa berada bawah gambar keluarga saya yang berada dibawah keratan "bismillah".

Saya takkan pegang tangan awak sebab saya tahu tu tak adil bagi awak walaupun awak yang mintak. Apetah kalu lebih dari tu.

Awak takkan rasa saya adil dengan awak, sebab saya cuba kejar untuk adil dengan Yang menciptakan saya.
Sebab saya nak awak tahu, saya bukan milik awak. Atau awak bukan milik saya.
Kita semua milik Dia yang ciptakan kita.

Rase ayat ni cm cliche' tak?