Dulu 6 Sekarang 8

ruang study personal kat rumah Shah Alalm! -cool
Bangun je pagi ni aq tengok enset (memang tiap kali bangun pon aq tengok enset sbb na tengok pukul bape).
Yeah, ade 2 mesej.
Satu dari member sekolah (a.k.a. Bong). Bagitau yang ibu kepada sorang lagi kawan kitorang da pon dijemput Allah swt. Innalillahiwainnailaihiraji'un.
Baru semalam aq dapat mesej (lepas bangun tidur gak) yang ayah kepada sorang kawan lagi yang dijemput Allah swt gak.
Menangis aq pagi tadi. Rasenye harini aq ta boleh tahan. Masalah lain smue lupa. Sampai tertidur balik.

Allah bagi kita nyawa dengan cara yang sama- dilahirkan.
Tapi Dia jemput nyawa kita dengan cara berbeza-beza. Dia Maha Mengetahui.

Kebiasaannya, lepas solat (biasanya solat Asar) aq akan sedekahkan AlFatihah untuk 6 orang ( atuk belah ayah, atuk belah mak, nenek belah mak, ibu kpd Rosyaimi, ibu kpd Afiq, dan ayah kpd Rusydan ). Dan harini list tu betambah kpd 8.

Minta jasa baik siap2 yang baca post ni sedekahkan Alfatihah kpd arwah Nordin bin Lazim (ayah kpd Saifuddin) dan ibu kepada Fizreen Faiz (nama tak dinyatakan).