6 soalan

DIA DAH MUNCUL!!
Final Exam dah muncul!! (Takyah nak tekejut sgt la kn?).

Aq ade soalan untuk para manusia sekalian.

Apasal benci sangat kat diorang yang suka cakap bahasa Inggeris. Tu bahasa komunikasi, bukan bahasa berlagak. Whats wrong with  English? Tak pandai Inggeris kutuk, cakap Inggeris pon kutuk.

Apasal manusia ambik berjuta tahun nak berkenalan, tapi ambik masa satu saat untuk kondem? Cume sebab orang cakap je, da macam-macam da dalam otak tu.

Kenapa manusia ni, bila sekali dah benci, walau orang tu berubah semulia malaikat pon, tetap kena benci jugak? Menang 'benci' tu hobi manusia agaknye?

Kenapa seronok sangat citer buruk-buruk pasal orang, tapi payah betul nak cakap yang mengumpat tu sia-sia? Suka beno mulut lancang.

Kenapa manusia keluarkan segala hadis dan dalil untuk cari salah orang lain, tapi tutup semua buku bila bab salah diri sendiri? Belajar dalil-dalil tu untuk kenakan orang ke, untuk amalan sendiri?

Apasal study bejaga sepanjang malam, lepastu waktu siang tidur sepenuh masa? Kalu tambah tolak darab bahagi, masa tu sama je.

Manusia ni suke buat fulasi. Masing-masing perasan mulia. Stress.
Selamat hari tua pada Najwa Katang!!
Pada manusia sekalian, tolong la get a life worth to be living.