Cebisan


Teringat satu lawak yg membe citer.
"Makcik, Apasal cucur udang ni takde udang?"
"Habis kau tgk cucur badak tu ade badak?"

Mase kecik dulu, sebelum buka akan ade satu rasa dalam hati macam "ish. cepat la azan! ta sabar nak makan!" Gila na mampus punya tak sabar. Kaki ni kalu boleh nak berayun je.
Tu lah satu kegembiraan berpuasa yang Allah kurniakan.

Mak cakap smalam bulan puasa ni masa nak diet. Ok, commonly pompuan akan ckp camtu. Bhaha
Aq citer kat mak aq facts sebenarnye. Kita bangun sahur, makan. Lepastu tidur kejap (sebab tak tahan ngantuk kononnya), dan bangun masa subuh. Lepas subuh tidur semula sebab da terbiasa. Bangun dekat nak tengah hari. Bagi menjamin puasa, supaya tak kepenatan, kita duduk depan tv, atau baca komik. Duduk depan komputer, log in mukabuku, dan twittor, scroll dan baca bende yang takda kaitan dengan hidup kita. Lepastu boring, kita log out. Lepastu lagi, kita boring sebab tatau nak buat apa, kita log in balik social networks tu, sampai boring balik dan log out. Dekat petang sikit, tido sebab kononnya penat puasa. Lepas asar pergi bazar, habiskan sebilangan besar duit, dan tunggu lepas buka. Bila buka, melantak nak mati. Sebab perut da sesak, duduk dulu. Pergi tarawih (pada yang rajin dan tak berdarah), dan habiskan saki baki makanan yang tak habis masa buka tadi sebab sayang tadi beli banyak sangat kat bazar (mula la nak menyesal,kan?). Lepastu bukak social networks sampai boring, dan tidur. Sampai sahur. Rasanye hari2 macamni boleh diet ke? Hm... (muke seposen)

p/s: penulis tidak tidur selepas subuh, juga tidak membeli makanan banyak dibazar kerana trauma sakit perut. Sobs...