Diri Sendiri?

Jiran sebelah gadai tv sebab na beli astro
Sejak jiran ni ade astro, selak aq ngan adik aq nganjing. Bhaha. Nanti tiba raya kena mintak maaf.

Tahun ni aq tak mengidap 'dilema rumah dekat' sebab rumah dah jauh. Dan aq balik awal. Aq habiskan satu game dalam mase 3hari. Kecuali Kingdomhearts II sbb ta berjaya lagi kalahkan Saphiroth (tetiba citer sal game plak da).

Aq tak faham dengan term "jadi diri sendiri".
Siapa diri kita untuk kita jadi diri sendiri sangat? Tetiba rasa cm na cakap yang diri kita ni paling bagus.
Jadi, apa guna kita ada Nabi, kalu kita na jadi diri sendiri?
"Kenapa kamu tak pakai tudung?"
"Well, saye jadi diri sendiri, tak pandai nak hipokrit. Buat apa pakai kalu tak ikhlas."
Azab Tuhan tak tunggu pun kau ikhlas untuk kena bakar.
"Kenapa kamu mencuri?"
"Saya jadi diri sendiri."
Most of the time alasan tu jadi escapism untuk orang tanak buat bende baik. Kalu dah rasa boleh sampai tahap 'jadi diri sendiri' tu, rasanya tak perlu la kan nak usaha nak capai kejayaan lagi. Sebab nanti dah tak berape nak jadi diri sendiri dah.
Aq paham. Mesejnye jangan tiru gaya orang lain, atau tak perlu jadi orang lain hundret persent, takpun tak perlu jadi orang lain untuk berjaya. Ok. Get it. Tapi alasan biar jadi diri sendiri atau be yourself a.k.a. I am who I am tu cam agak melampau.

Bagi pendapat je. Tu lah privilege yang dapat kalu ade blog. Boleh sebarkan gosip.
Salam Ramadahm. Budak-budak da main mercun kat surau dah. Jeles.