Hati-hati


Akhirnya setelah tiga tahun, masanya tiba juga.
Cuti puasa ngan raya tanpe membaling-baling otak, takpayah menghempas badan untuk periksa.
Cuti kalini boleh dimanfaatkan semaksimum mungkin. (macam selame ni cuti tak dimaksimumkan la kan?)

Bayangkan korang ni satu warna. Aq warna putih (contohnye).
Aq tak boleh terkena kotor, nanti nampak sangat kotor tu. Aq takboleh buat fotosintesis. (Tumbuhan berdaun hijau saje boleh buat fotosintesis). Aq warna yang boring. Tak macam merah, biru, kuning, oren, kelabu taik itik. Aq takde dalam list warna pelangi yg budak2 skolah duk retak otak nak hafal.
Tapi aq boleh jadi awan. Terapung antara langit manusia dan pandangan diorang. Aq boleh jadi kertas. Tempat manusia menzahirkan idea. Sebab putih, warna bebas.
Ada masa kita nilai diri kita dengan apa yang  kita tak boleh buat macam apa yang orang lain buat. Tapi Allah swt cukup bijak tak jadikan manusia satu pun yang betul-betul sama dengan yang lain. Sebab dalam persamaan, tetap ada perbezaan.
Nampak gambar kat atas? Bila diorang nak belanje aq makan? Aq lapar ni.

Rasenye boleh dikatan aq da menaip blog ni for yearS. "S" dihujung tu pnting walaupun angkanya cuma dua. Terimakasih pade geng-geng yg selalu usha, tengok muka aq yg extremely annoying dibahagian kiri ni →
(jangan ikut arrow tu ya)
Papepon, trimas sbb baca semua annoying stuffs yg aq karang. Minum banyak air untuk kesihatan.