Sinar datang Singgah


Manusia ada banyak jenis. Ade yang doa siang malam untuk nak kelebihan kat dunia. Barisan doa untuk akhirat sekadar perhiasan. Ade yang doanye untuk dunia dan akhirat. Rezeki Allah swt kita  tak boleh catu. Sebab Dia bagi bukan ape yang kita nak. Tapi apa yang kita perlu. Rahmah Allah tu sangat dekat dengan kita. Cuma kite kena sikit sabar je.
(Inspired by-translation tilawah Quran kat tv tadi sebelum sahur)

"Perspekif"
Tabiat yang membebankan manusia. Tapi tulah sebahagian dari manusia. Samalah macam kelemahan.
"Kelemahan" tu satu daripada anggota manusia. Sama macam kaki, mata, lubang telinga. Tu yang menjadikan manusia tu "manusia". Bukan Tuhan.
Manusia bukan Tuhan untuk hukum manusia lain atas sebab "kelemahan" manusia tu. Tapi merupakan sebagai pertongan untuk menangani kelemahan tu.

Ramadhan dah datang singgah. Aq memang super suka suasana Ramadhan.
Banyak habit aq yg kena control. Ta boleh mencarut, ta boleh pakai shorts, dan ta boleh kutuk orang dalam tv. Sebab nak menjaga kesempurnaan puasa tu. On the bright side, moga2 bende ni ditinggalkan teruslah, InsyaAllah.

Kepada teman2. Selamat melengkapkan ibadah puasa. Ni lah masenye nak bertukar ke daun yang baru (turn to a new leaf). Kepada ibu-ibu, sila lah jangan ajar anak berpuasa kerana nak duit. Kalu puasa penuh dapat duit, sepatutnya sembahyang penuh pun dapat duit gak. Bhaha.
Sori gak kalu kurang men-mention siapa-siapa di twittor mahupun membalas im kat mukabuku. Kinda busy with my old buddy, PS2.

Salam Ramadhan.