Kiamat atau Dosa

gambar kat atas ni aq snap dekat area ECM. Perasan ta?

Walau kat mana pun kaki kita ni jejak, kita tetap kat bawah langit yg sama, dalam berkat Tuhan yang sama.
Ofkos lah kan sebab Tuhan cuma ada satu je. Tak pernah pon wujud "Tuhan dia", "Tuhan kita". Sebab kita percaya Tuhan tu cuma satu.

Penat. Nak betulkan tanggapan orang.
Sebab namanya Melayu, kalau hati tu dah kata salah, memang sampai mati lah salah.
Apa yang orang kita sebok takut hari ini?
Agenda freemason, parti politik terlibat dengan Yahudi, dajjal datang bertandang sempena raya, bala masa ramadhan, yada-yada... CRAP!

Rasulullah saw dah pesan
"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut."
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Buatpe sebok takut kiamat esok, kalau tak tinggal dosa sekarang?
Kenapa selongkar apa geng2 Freemason buat, kalau Tuhan sendiri langsung tak ingat?
Apa guna sembah Yasiin bila exam dah dekat, berTuhan kawan bila seronok buat jahat?
Buatpe hayati lagu, dedikasi pada manusia, bila kitab Tuhan tak tau makna-maknanya?
Buang masa hukum manusia lain masuk neraka, bila syurga sendiri entah kemana.
Hukum Tuhan tak tunggu ikhlas, dosa dikira bila melanggar perintah, bukan dengan jumlah 'tak ikhlas'.
Kenapa sibukkan diri buruk sangka pada teman, bila baik sangka melapangkan otak.

Syaitan bercuti bulan puasa, manusia pulak ambik job.

Saya anak Malaysia.