Untuk Kau

Ada tiga benda yang aku tak suka jawab.
Satu, pasal result exam.
Dua, siapa lebih tua, aku atau adik aku. (org ingat aku ni adik. deimn)
Tiga, pasal kahwin.

Haritu aku pergi kenduri kahwin, teman mak aku. Dengan tak mandinya, haih. Makcik tu tanya "anak sekolah mana? (tunjuk kat aku). Perh. SE-KO-LAH? Nasib mak aku backup rapak punya. Dan suddenly dia tanya "Ouh. Tak lama lah lagi ni nak kawin~".
Cliche' la makcik ni. Kejap cakap budak sekolah. Kejap cakap dahnak kawin.

Ada lagi InsyaAllah tujuh ke sepuluh tahun lagi la nak kawin. Calon belum ada. Crush je ade. Ehem.
Aku nak tunggu pompuan usha aku. Cm kisah Khadijah ngan Rasulullah saw. *amboi.

Macam biasa la, point utama penulisan aku selalunya ada pada penghujung, bila dah puas ke laut, barulah nampak hasilnya kan?
Ramai budak-budak umur aku ni dah kawin. Kawin awal.
Sebenarnya kalau kawin muda tu, korang kena bangga. Korang dah langsaikan satu sunnah nabi. Nabi dah mengaku umat! Korang dah buatkan setan-setan meraung kesedihan. Dan korang dapat menghindari diri dari maksiat, dan dosa. Sementara geng-geng lain sebok nak ngorat awek, korang boleh tidur dengan bini korang dengan halal, dan rahmat.
Kenapa nak malu? Kau ikut perintah Allah, sunnah Rasul. Malu tu syaitan yang selitkan. Buang ke laut.

Kalau korang dah sedia dengan tanggungjawab, tunggu apa lagi kn? Benda baik buat apa dilambatkan?
Aku memang out la bab tanggungjawab ni. Kalau aku bela sugar glider pun, da kompem mati kena gilis kereta orang (memang la kereta orang kan, takkan kereta pokok pulak). Nikan pulak ade bini. (Menjawab kontroversi kan?)

Perasan tak? Less short-form. Yeah, I'm evolving, mates.