Fikir Banyak Kali

Goncang goncang bahu.
Kenapa langit kaler oren bila senja? Kenapa hati manusia mesti heret rasa 'menyesal' sekali?
Manusia dengan pemikiran masing-masing.
Ada kata dia nampak sibaju putih berambut panjang. Ada kata nampak si tangan reput keluar dari kubur.
Semua setan-setan nak ajak kita berparty sekali dalam neraka. Tapi aku nak ruang dalam syurga.
Kenapa gelap nak cari jawapan?

Goncang-goncang bahu. Susahnya.
Kenapa selalu gelap sebelum subuh?
Manusia hidup dengan alasan. Manusia kejar minat masing-masing.
Sekarang si kepala tengkorak dah keluar dari kubur. Batul ke?
Manusia suka bodohkan diri, manusia suka buang jawapan betul jauh-jauh, tapi cipta jawapan palsu sendiri yg baru.
Kenapa gelap hati ni nak cari jawapan?

Goncang-goncang bahu. Susahnya nak fikir bila ada setan bertenggek kat bahu.
Cakap nak cari syurga, tapi kenapa jumpa setan dalam diri sendiri?
Kita tak boleh buang masa silam sendiri.
Manusia cari cinta untuk sempurnakan diri sendiri.

Susah nak fikir bila ada setan bertenggek kat bahu.
Goncang-goncang bahu, biar setan tu jatuh. Bila dia jatuh, pijak dia.
Kenapa langit kaler oren bila senja?
Mak, betul ke, diorang cakap rupa hantu macam tu? Macamtu ke hantu?
Kenapa diorang tak kasitau macam mana pula rupa malaikat?
Kenapa diorang suka sangat bila nampak hantu?