Jalan Pulang





Kuantan, 2012

Masa kecik, aku tak penah fikir aku boleh hidup lama sampai sekarang. Hari-hari aku tunggu masa bila nak mati.
Dulu sebelum tido mak selalu bacakan cerita pasal Al Quran (mak tak pernah citer pasal happy-ending fairy-tale mat saleh yg bila cium, terbangun dari tudur panjang, kasut tercicir pastu pakwa yang kutip, dll tu).
Tapi masa yang sama, aku membesar dengan Dragonball, Digimon, dan persekitaran yang memeritkan otak. Kadang-kadang aku taktau mana yang betul, mana yang otak aku reka sendiri.

Tapi bila-bila masa, aku rasa ada yang dengar apa yang aku harap. Tuhan.
Kadang-kadang aku rasa Dia ada dengar. Tapi kadang-kadang aku rasa tak. Susah nak terangkan. Tu cuma apa yang aku rasa.
Sebenarnya Dia memang dengar aku sepanjang masa, cuma hati ni ada masanya tak boleh rasa. Sebab hati ni penuh dengan benda2 jahat - dosa, niat2 buruk.

Ada masa aku rasa jauh daripada Tuhan. Sangat jauh. Macam sekarang. Sebab aku dah terbabas jauh. Aku dah koya, aku dah loklaq, aku dah membabi.
Bila dah tahap macamni, mungkin masanya aku buat macam dulu - pulang. Aku kena kona balik. Patah balik kat jalan sepatutnya. Supaya dapat semula rasa ada Yang Mendengar.
Tak senang, susah. Tapi aku kena cuba. Ambik masa, tapi tak selamanya. Sebab jalan tu memang ada kat situ, tunggu aku ambik u-turn balik.
 Jalan tu akan tetap ada, selagi Tuhan tak ambik jalan tu. Wallahu'alam.

Aku suka tangkap gambar, tengok segala ciptaan Allah swt. Mintak jangan segan silu melihat sama. (klik kat sini cepat!!)