Sembelih

* Lembu 1 menghampiri Lembu 2 yang masing2 terikat di pokok sebelah surau. muzik latar - takbir raya *
Lembu 1 - "Hey, siapa nama kau?"
Lembu 2 - "Nama aku Abu. Weh, mana ada masa nak tanya nama. Sekarang ni time hitung pahala."
Lembu 1 - "Buat apa nak kira pahala? Kita binatang. Kita mana ada dosa."
Lembu 2 - "Alamak aku lupa. Siapa nama kau?"
Lembu 1 - "Justin Bieber..."
Lembu 2 - "cowthatdietomorrowmorning said what?" *bukak ipad - tangkap gamba - instagram - share kat twitter + fb.*
-TAMAT-

Raya Haji. - Raya Korban - Aidil Adha.
Sukacitanya, raya haji tahun ni, masa cuti aku terkorban sebab assignment. Trimaslah cikgu-cikgu sekalian.
Jadi, dengan sukacitanya, aku rasa aku nak korbankan juga dosa-dosa dan segelintir (sebanyak mungkin, tapi agak mustahil) perangai buruk aku. *azam melambung tinggi*

Kalau tak dapat sembelih lembu, tak apa. Cukuplah dapat sembelih setan-setan yang berpaut di hati tu. Ye dok? *eh, ade bakat tak jadi director cerita?

Salam Aidil Adha yang terbaca entry ni (kalau dibaca pada musim raya la,kan). Maaf Zahir batin.