A Change Would Do You Good

Manusia ni hasil gabungan jasad, roh, nyawa, memori, masa dan bendasing lain. Masing-masing tu komponen yang berbeza. Kalau satu tak cukup, manusia tu kira tak berapa menjadi. (macam kueh pulak)

Kat tv, kalau cerita bersiri selalunya hero tu berubah ikot season. Bila masuk season 2, watak tu dah lain dah dengan watak dia time season 1 dulu.
Akan ada satu masa manusia tu kena berubah.
Naruto berubah, Rosalinda berubah, even Nobita pon berubah.

Aku pon nak berubah. Walaupun dah banyak kali aku cakap camtu (sangat banyak kali). Tapi rasenye tak salah kalau nak cuba. Orang kampung cakap, belum cuba, belum tau.
Ape jadi, Allah je tau. Yang penting, cuba dulu.

Lepasni sekolah alor akar akan jadi lain. Geng-geng aku dah tak ada dah kat situ. (rasa sebak menyengat)
Apa nak buat. Terima. Belajar redha.

" I've been thinking 'bout catching a train. Leave my phone machine by the radar range
Hello it's me, I'm not at home. If you'd like to reach me, leave me alone. " ~