Dari Tingkap


Boleh kata tiap kot hari aku tengok pe'el manusia ikot tingkap-tingkap yang ada ni.
Hari-hari duk komplain, duk merungut kehulu kehilir. Bapak ah! Tak boring ke? (ni pon merungut sebenarnye)

Payah la hidup kalau semua benda kita nampak buruk je kan? Janganlah bagi nampak sangat yang otak kau tu negatif je memanjang.
Sedangkan 'gelap' tu pun berguna supaya kita boleh nampak bintang.
Kau nak cakap teknologi ni memusnahkan manusia. Tapi kau pun guna 'teknologi' tu keluarkan statement tu.

Payah la kalau komplain orang tak buat keje. Kalau kau sendiri pun cuma tau duduk depan laptop, post status orang lain tak buat keje. Ape keje yang kau buat?

Try fikir dulu sebelum ber-status aneh-aneh tu.. Jangan sebab hutan terbakar, mancis disumpah seranah.
Jangan kerana status, populariti binasa, kerana stweet, neraka perginya.

Aku sedar aku takde pengaruh apape pon. Sebab tu aku tulis kat blog sendiri dengan harapan ada orang terasa..