Hingga

Time darjah 6, ayah bawak aku pergi Hamid Bros.® (Sejenis spesies kedai buku yg agak terkenal di Kuantan). Masa tu target mata ngan otak aku cuma satu - buku Digimon. Time tu kan digimon tengah trending.
Rasa dah berkurun tak pergi kedai tu.

Masa dulu (flashback ke belakang lagi), main hujan tu satu aktiviti sambilan budak-budak. Mak-mak semua bahagia bergosip, sambil tengok anak-anak masing-masing bergguling-guling dalam lopak air.

Sekarang ni manusia sejagat dah tak sama. Takde dah budak nak cari 'buku digimon'. Diorang cari cd game, iphone, dan whatsoever stuffs lain. Hujan tu taboo untuk budak sentuh. Kalau hujan, duk dalam rumah, maen game. Tak pon online. (budak 7 tahun pon dah ade facebook. very productive).

Dekat bumi Tuhan ni, mesti ada kawan yang tak suka nampak kita lebih. Ada kawan yang dalam hati dia, cuma dia je yang patut dapat apape. Bagi dia, kita ni cuma kawan yang "tukang puji dia".
Takpe, sebab pujian manusia ni bernilai bagi orang otak terkehel je. Pujian Tuhan tu sebenarnya diorang tak nampak. Be tough, self.