Makhluk Laut (Raksasa)


Cuti. Nikmat.
Jeles aku tengok kawan-kawan blogger lain dah berbundle-bundle entry, aku pulak tak ada satu pun lagi. *menggeliat*
Ok.. nak start dari mana? *pandang syiling*

Ok, lets start with complains.
Masa solat Jumaat, aku memang pantang orang duk sebelah aku yang tak reti control suara. Bila imam habis al Fatihah, dia pun mula lah, bukan main menyaso suara.
waladhaaaaalliiiiiinnn....... AAAAAAAAAAARRRRRGGHHHHHHMin
Mau tak berkecai telinga aku yang duk sebelah ni. Apa selama ni tak pernah pergi karok ke pakcik?

Tau tak, gangguan setan ni datang dalam macam-macam bentuk? Bagi aku, yang paling dahsyat datang dalam bentuk manusia.
Macam yang semua orang dah tau, mak aku ajar ngaji. Alhamdulillah, laa...
Dan ada sorang makcik ni suka datang rumah aku, menyibuk masuk, nak tunjuk pandai. Boleh pulak dia ajar mak aku tajwid itu ini. Cakap mak aku salah itu ini, berdasarkan sumber yang dia dengar dari mana-mana entah. Bila mak aku buka buku tajwid, tunjukkan dia semula, dia marah.
Yang sadisnya, dia sendiri baca pun tak betul. Haih. Kesian orang tua ni. Dah tak lama dah kot?
Jadi, aku pun pesan kat mak aku, pasal quote dari Imam Syafie.
"Aku boleh berhujah dengan sepuluh orang yang berilmu, tapi aku pasti kalah dengan satu orang yang bodoh."
Mak aku tergelak. Haha. Betul lah kan? Tak gitu?

Basically, orang yang riak ni selalunya annoying. Rasa macam nak tembak, kerat lidah, lepastu tembak lidah dia pulak. Bhahaha
Jadi riak tak bawa kemana pun. Ilmu tu sia-sia kalau bawaknya ke neraka.

**tajuk tak kena, kan? (buat muka seposen). amacam, ok tak pengisian??