Jangan Malas. Habiskan Baca


Ingat masa Malaysia vs Indon masa final bola dulu?
Indon time tu benci gila babi kot kat Malaysia sbb kononnya yang kita ni keji, (isu laser tu). Last-last, kita nampak sendiri kan siapa yang keji. (sampai kena guna keta kebal na masuk stadium).
Tolonglah, Malaysia. Jangan jadi macam tu jugak.

Harini aku dengar budak ngaji kat rumah aku (mak aku ajar ngaji, ya) gi sumpah seranah satu pati politik ni. Kita gelar pati tu pati J lah senang.
Jadi mak aku tanya, siapa yang ajar budak kecik ni sumpah seranah mcm tu. Budak tu cakap, mak ngan ayah dia yang ajar.

Siriusly, mak ayah kat Malaysia memang typically ajar anak-anak sumpah seranah pati politik? Sebab mak ayah aku tak penah ajar. Mak ayah aku ajar, kalau tak suka mana pun orang tu, buat baik dengan dia.
(yang biasanya nasihat ni aku tak dgr sangat - aiseh).


Try imagine, orang dalam pati J (dan juga pati-pati lain) ni ada yang bapak orang, mak orang, abang orang, dan ada darah, pau-paru dan pundi kencing macam kita. Imagine tu mak/ayah koang la, senang. Mcm ni:
Mak aku ajar ngaji. Aku nampak mak-mak budak ni selalu demand. Nak antar anak ngaji awal lah, nak anta anak pukul 12 lah (tu time mak aku masak untuk aku lah, orang tua!).
Bila mak aku refuse, diorang mengata belakang.
See? Mak aku bukannya macm diorang: Duk rumah, takda kerja. Cuma anta anak ngaji, pastu terlentang depan tv tgk sinetron (pfffftttt), makan, sakit, bila umur 40 kena sakit kencing manis, darah tinggi, dll, pastu meninggal sepuluh tahun lepas tu. Tak!
Kalau boleh aku nak makcik-makcik tu faham mak aku bekerja supaya anak-anak diorang tahu baca kalam Allah. Aku nampak hardwork mak aku.
Tapi apa diorang tau? Yang tau nak diri ngan anak sendiri senang je.
So, please don't do this to any politicians. Kadang-kadang kita tak tahu siapa sebenanya diorang tu. Kita bukan anak diorang, atau 24/7 ada sebelah diorang.
Janganlah sibuk gali dan jual keburukan dia.


Bagi aku (dulu), ahli politik ni macam artist, atau cikgu, atau kerja-kerja yang lain. Artist kerjanya cari populariti supaya lagu dia laku. Cikgu kerjanya mengajar budak. Ahli politik kerjanya mencari undi.
Rasanya tak salah kot kalau dia pancing undi, sebab tu memang kerja dia. Nak aspek ahli politik buat apa? Berkebun?
Tapi rasanya harini aku try tengok dr sudut lain (ceh, bajet saintifik).
Ahli politik bukannya bagi kita kemewahan (lah sangat) ni supaya kita undi dia. Tapi hakikatnya, kita yang undi dia supaya dia beri kita kemewahan (lah sangat) ni. Ok, tak semua "kita", tapi mejoriti dari "kita".
Tu memang kerja dia. Dia diundi untuk buat kerja tu.

Yes, boleh berpolitik, tapi jangan taksub. Sebahagian dari agama ada bahagian politik, tapi tak bermakna politik tu 'agama'.
Last one, undi anda adalah rahsia, dan ini bukannya sebarang kata-kata sarcastic untuk mana-mana pihak politik. Bagi aku masing-masing ada pro and cons masing-masing.
Tq. Please don't misunderstood my intention.

_perh, panjang seyh membebel.