Manusia Durjana

Dekat area sini (Taman Seri Ku batu 12, Kuantan, Pahang) dah kecoh pasal kes pencuri durjana. Dengar kabo nye anak-anak muda yang buat kerja. Macam-macam skill ada. Ragut sambil naik motor, pecah rumah orang tengah-tengah malam (yg selalu terkantoi), sampai ada kekebalan jiwa nak masuk surau time org sembahyang, bukak beg curi duit.
Heyyy~ Nokharom betul. Setakat curi lima ringgit, tu bangang tahap ikan talapia namanya.

Mula-mula aku ingat aku la manusia paling jahat penah bertapak atas muka bumi ni. Tapi tak sangka, ada orang yang lagi jahat. Siap kebal jiwa, tak rasa apape tengok orang sembahyang. Siap boleh bertenggek atas motor ramai-ramai tepi surau lagi. (Ini merujuk pada si cilakos yang tinggal kat sini).

Kadang-kadang aku ni selfish. Not big deal pon. Kau pun selfish. Kita semua sebenarnya selfish.
 (selfish disini merujuk pada sikap penting diri yang cm babi, tak ada kena mengena dengan isu penjualan ikan, mahupun perkapalan dan minyak dagu).
Kadang-kadang aku fikir benda tu aku tak suka. Seboleh-bolehnya aku nak tunjuk aku tak suka. Tapi aku tak terfikir feeling orang lain.
Sebenarnya (kebenarannya) tak kisah la orang tu manusia paling durjana ke, laki orang ke, even kucing pun. Semua tu ada perasaan. Ada masa dia rasa rapuh, ada masa dia boleh tahan. Tapi, smpai bila dia boleh tahan? (Amacam, ada ayat penulis novel terkenal tak?)
Aku nak tulis novel la. Tajuk "Setia Hujung Hidup" - nnt jadi drama.

TERIMASS ayah for the most awesomest baju!! (this refer to the baju at the picture above that featured with boboiboy. no offense).