Re-act


Merenung keluar jendela ~♫ (stail Setia Hujung Nyawa nak start lepas habis iklan)
Baiklah kanak-kanak, tazkirah kita harini mngenai 'Riak'.
Seciput rasa bangga diri tu pun dah kira riak.
Riak tu boleh datang dlm macam-macam bentuk dan rupa:
Rasa ada banyak follower, banya tweets, banyak like, banyak share pun boleh lahirkan rasa riak dalam diri. (Perh, dahsyat beb).
Rasenye elok lah hati-hati kot. Riak ni boleh bawak pada syirik. (Perh, lag dahsyat).
Aku still tertanya-tanya, orang yang post bab agama tapi yang bawah skali tu ada ayat berunsurkan ugutan terhadap kejatuhan aqidah tu, (contohnya: "Kalau tak share, maknanya tak sokong Islam" / "Syaitan bisik supaya tak share ni" dan ayat-ayat berunsur ugutan yang kononnya dia mulia nak jadi trend) apa pulak statusnye?
Dalam otak aku ni macam "pandai orang sekarang cari populariti guna agama" berlegar-legar. (Tengok, dah buruk sangka. Astaghfirullah)
Macam mana pulak orang yang post "Alhamdulillah.. Terimakasih Allah, Kau bagi aku ini, ini, ini"..
First, "Alhamdulillah" tu ucapnya dalam hati untuk Allah, bukan di wall facebook dan timeline twitter. Yang nak post meriak-riak tu, apasal lah kan? Guna nama Allah nak promosi diri pulak?
Bukannya nak buruk sangka lah kan? Yes, ada ramai orang yang ikhlas post pasal agama. Tak semua tu riak (congratulasi).
Tapi ramai jgk yang bajet "alim" ni membanjiri timeline pagi-pagi buta bashing orang lain (bukan lagi elok kau g ngaji malam-malam ke?)
Self reminder, juga untuk berpesan pada kebenaran dan kesabaran. Bukan ajak gaduh.

Merenung keluar jendela ~♫ (stail Setia Hujung Nyawa nak iklan)

iklan: Atas tu bukan Nelydia Senrose, tapi Marley Rose. Latest Glee crush aku. (Bhaha)