Syafiq Aizat by Ajaib

Syafiq Aizat + Intan Amira = 2 Ohsem Cousins
Macam yg aku dah berpelangi-buih mulut kasitau, "Syafiq Aizat" tu berlambak orang.
Masa aku jadi fasi masa Iliminati Alumuni sekolah taon lepas ada akak tu kasitau "Nama awak ni nama pasar malam lah dik..."
Terberanak aku dengar.
Apasal makcik-makcik tu tiru nama anak mak aku? (Mak cakap mak mix n match nama dari majalah. Patutlah =..=")
Tapi kalau korang cari mamat yang tulis buku Ajaib yg ntah apape tu, kat atas tu lah rupa dia. *lalala

Enough of that unimportant stuffs.
Aku nak share sikit facts pasal Ajaib sebelum aku tersibuk sangat dengan persiapan raya (dan final exam).

Ekchelli, Ajaib tu diinspirasikan dari cerita cikgu aku sorang ni.
Dia cakap, time dia mengajar kat KL dulu, parents tak peduli apa anak diorang buat. Even ada budak darjah lima bawak balik laki pun, not a big deal.
Dan kebetulan pulak baru-baru ni lecturer aku ada complain yang anak dia sepuloh tahun tu balik rumah tanya "Mak, air mani tu apa?"..." Kawan adik dah mimpi sex" and stuffs. Fuyoh!
So, aku nak explore hidup budak-budak yang over updated macam ni. Sebabtu kat kulit belakang tu ada tertulis "kisah budak-budak yang terperangkap dalam masalah orang dewasa."

So, sorry sangat-sangat kalau korang tak suka atau annoying sebab kisah budak-budak yang over-updated. Tak terniat pun nak annoy sapa-sapa.

Kebetulan aku ni banyak terjebak dalam penceritaan yang seram. So aku letak kisah seram bebanyak (banyak ke?) dalam cerita tu.
Ofkos ada Islamik mesej. Sebab agama is an important element.

Mostly nama kat dalam cerita tu nama member aku, tapi tu bukannya karekter diorang.
And yes, memang aku nak buat sekuel cerita tu. Kalau bos Amir bagi lah. (Yayy!)
Sorry ada typo dua tiga benda. Bhahaha.

P/S: Kat atas tu gambar aku dgn kazen aku. Aku ni single lagi (even umur dah 21)