Perdaya Agenda


Aku nak main rule 5-5-5.
5 bulan dari sekarang. Aku masih kat degree. Agaknya dah buat buku kedua (atau mungkin ketiga), kalau publisher nak ambik. Mungkin masih loner. Dan masih loser.
5 tahun dari sekarang. Kemungkinan besar dah kerja (kalau masih hidup). Ambik master PJJ (kalau ada sponser). Tak kawin lagi. Mungkin dah ada girlfren. Kerja apa tu taktau. Masa depan aku ni memang memanjang samar-samar.
50 tahun akan datang. Aku boleh kata yang time tu aku tengah duk menghadap munkar nakir.

Kita tak tau apa jadi lepas ni.
Orang makin hari makin judgemental.
Sekarang ni boleh kira zaman sorang buat kerja, seribu orang kritik. Lima ratus daripada tu buat macam tu sebab tak suka tengok orang senang. Tiga ratus lagi sebab suka ikut trend. Dua ratus lagi pulak sibuk compare dengan pengalam sendiri.

Still tak faham kenapa orang alim (alim taik ular) duk bash cara Yuna pakai tudung. Apasal diorang tak bash Neelofa sampai pakai tudung? Weird.
Sebab orang suka tunjuk sendiri punya betul dari tengok apa benda yang betul.

Nampak gambar ala-ala poster kat atas tu?