Kasih Sayang Sayur

Dalam hati kita ada sejenis perasaan. Kita panggil "sayang".
Kenapa aku gelar 'sejenis'?
Sebab tu adalah jenis. Macam sayur. Sayur ada banyak; petola, timun, sawi, kacang panjang, dll.
Macam tu jugak sayang. Ada banyak jenis.
Sayang mak, sayang ayah, sayang siblings, sayang gefren, sayang adik angkat, sayang kawan, sayang barang, sayang duit, sayang phone, banyak lah lagi.

Tak semestinya aku cakap aku sayang adik angkat aku (that happened to be a boy), aku ni gay.
Habis kau sayang ayah kau maknanya kau ni ada nafsu seks dengan ayah kau lah? Kau sayang kucing tu maknanya kau jenis buat seks dengan binatang ke?
Ehem.. Ehem.. (Flip dagu)
Aku dah cakap, sayang tu banyak jenis. Sayang tu perasaan. Bukan nafsu. Bukan maknanya 'nafsu seks' or whatever.

Orang sekarang tak faham konsep sayang. Sayang tak bermakna kena peluk, kena cium, keluar pegang tangan apa semua. Sayang tu kena jaga. Kita jaga dia dari sakit luaran atau dalaman.

Aku mengaku, aku in relationship. Berani aku cakap kat sini, aku tak sentuh dia.
In the other hand, aku peluk cium adik angkat aku.
Sebab?
Dia lelaki. Muhrim kalau aku buat macam tu.
Pada yang rasa "omg gelinya... Gay.." tu, boleh dah daftar kat hospital bahagia rasanya.
Nabi pun peluk cium sahabat, brader. Yang halal taknak peluk cium. Cari yang haram jugak.

Aku bukannya nak tunjuk alim. Pada yang kenal aku, korang tau aku dulu macam mana. Penah jugak buat. Tapi, hidayah tu sampai kat aku untuk jadi baik.

Tu saja. Wassalam.
*lagu nasyid mula berkumandang.