AWAN: Kisah Buku Berat

"Kenapa tajuk dia Awan" adalah antara soalan yang aku dapat bila aku cakap buku aku tu tajuknya Awan.

Aku pun tak sure. Maybe sebab aku suka lagu Awan Nano?

Ringkasnya, Awan adalah sambungan Ajaib, cuma watak utama dan ketebalan (terutamanya ketebalah) diubah.

Awan ni kisah budak yang boleh baca fikiran. Pasal dia yang sendiri fragile, tapi cuba lindungi bestfriend dia, dan seorang budak yang jadi 'mangsa dunia' yang lepastu jadi adik angkat dia. Sebab ni kisah budak 15 tahun, ada sikit pasal crush, cintan-cintun tu. Biaselah. Tipu la kalau cakap budak laki form 3 tak ada minat pompuan kan? Except kalau dia gay la.
Aku dapat rasa yang akan ada orang akan meluat sebab ada cerita pasal "adik angkat, abang angkat" tu. Tapi, kisah pulak aku. Lantak pi la orang nak judge. Hahaha. *main bunga api*.

Orang expect Ajaib tu kisah aku. Tak. Memang tak.
So aku buat Awan ni lebih dekat dengan aku. Lebih separuh dalam tu kisah aku. Hahaha. Ambik kau! Nak sangat.

Tapi time buat Awan ni aku tengah addicted dengan cerita Glee, tu yang ada ala-ala Glee sikit. Pengaruh tu.

Aku tak expect apape daripada Awan. Aku sendiri still merangkak lagi. Banyak yang kena belajar dari abang kakak fixi yang lain. *tunduk hormat*

Patut ke aku buat kontest kat twitter dan kasi Awan free? Patut ke? Patut ke?

Aku mintak maaf kalau aku fail buat korang seronok melalui Awan atau apa pun jua cara lain. Aku dah try yang terbaik, tapi tak dpt puaskan hati semua orang. Hehehe. *main congkak*

Tq sebab ada yang sudi baca Awan. Tak sangka ada jugak orang nak bazir 22 inggit beli buku tu. *terharu*