Buku, Syafiq Aizat, dan Buku. (Cheesy Betul Tajuk)


Selaku bekas pekerja di kedai buku, banyak benda yang aku belajar. One of them is minat orang terhadap buku tak sama.

Ada yang "astaghfirullah, saya tak baca buku macam ni. Bahasa dia teruk."
Ada juga "ustazah minat buku-buku macam ni. Bahasa dia real dan jalan cerita tak klise mcm buku mainstream,"
... And what not.

So soalan paling loser aku akan dapat daripada kastemer adelah "buku apa yang best?"
Well, kalau cerita tu tak best, panel takkan luluskan dan cerita tu takkan diterbitkan (aku pun happen to be one of the panels what?)
Lagipun, minat orang lain-lain.

Biar aku kasi contoh. Ada orang suka pulut durian, ada orang tak. Tak masuk akal kan? (Azwar, apesal kau tak suka pulut durian ha?)

So, kalau dia tanya aku buku apa best, aku akan jawab Ilusaniti (buku feveret aku).
Tapi tak bermakna yg mintak aku suggest tu dia akan suka buku tu. Mungkin dia suka buku jiwang macam "Suamiku Si Kentang Putar"?

Orang lain-lain dan pelik-pelik. Takkan sama minat diorang dengan kau. Sebabtu bila kau baca buku tu, then kau tak suka, jangan publicly bagitau orang dan hasut orang.
"Jangan beli buku Awan, buku tu suck gila!" - contoh.

Manalah tahu dalam 10 orang, akan ada atleast seorang akan suka? But then orang tu tak jadi beli sebab kau hasut dia. Kau dah tutup rezeki orang, dan burukkan benda yang orang usaha untuk buat.
Writer dia tak paksa pun kau beli buku dia. Kau yang willingly spend money untuk beli. So tu bukan salah writer tu untuk tulis cerita yang kau rasa tak best.

Kalau tak suka, just silently bare that in mind. Tak perlu sembur semua tempat, via tweet, via facebook, via blog, via mural, via graffiti, via iklan tv. Tak perlu. Live your life normally.

Oh, on the bright side, aku ada satu cerpen dalam Kopi Lejen yang akan dikeluarkan Lejen Press nanti. Jaga-jaga.