Of Overseas And The Places

LONDON sangat sejuk masa aku sampai, tapi orang sana cakap weather sana tengah sangat best.
Basically, bangunan dan bandar dia well-structured - tak serabut dan tersusun. Traffic sangat lancar. Driver sanggup berhenti demi orang lintas jalan. Lampu isyarat disertakan sekali untuk pelintas jalan dan sangat cepat berfungsi. Tempat bersih babi. WiFi boleh didapati di pondok telefon. Orang kebanyakan peramah dan baik hati kalau korang baik dengan diorang. Tapi bila korang tak ada kepentingan, dia takkan layan.
Contoh: Bila pergi kedai, dia tanya nak beli apa, dan kau jawab 'tengok je', dia takkan layan dah.
Yang tak bestnye, makan mahal, dan tak banyak tempat nak jimba-jimba macam kat sini.
Diorang lagi suka live performance macam theater dengan orchestra. TV tak banyak channel best, kebanyakan cerita english lama.
Solat pun susah sikit. Even sembahyang jumaat pun kurang meriah. 
Public transport sangat terbaik. Bas, train, teksi semua tujuh bintang.
Paling syiok bila cakap Bahasa Melayu. Diorang tak faham.
Jumpa jugak beberapa orang yang tak akan jumpa kat Malaysia macam Ariff Adly (@ariffadlyyy) dan Lisa (@mangolisa).
So... Inilah gambar yang aku dapat tangkap.
(nak lebih jelas, sila tekan pada gambar)


Sempat jugak sekejap singgah AMSTERDAM satu malam.
Orang dia sumpah peramah. Sanggup tolong apa saja.
Ada sorang akak tu nak tolong kitorang cari tempat tinggal sampai sanggup Google dan call teksi.
Gambarnye ni haa. Amsterdam.